Bismillahirrahmanirrahim…
Alhamdulillah, ada kesempatan untuk aku meng’update’kan blog aku. Setelah seminggu tidak meng’update’. Sepanjang aku berada di Kuala Lumpur, tidak berkesempatan untuk ‘update’. Hanya 2 kali aku masuk ke cyber. Sekali untuk membaca iklan kerja di Tanjung Karang, dan sekali lab UIA.
Alhamdulillah, aku selamat tiba di rumah pada 27 hb, jam 5.00 pagi. Bertolak dari Pudu jam 11.15 malam. Tima kasih kepada kawan aku, Pak Syed yang menemani aku di Pudu sehingga pukul 9.30 malam. Lepas tu, dia terpaksa pulang ke Putra Jaya. Bas jam terakhir ke Putra Jaya pukul 10.00 malam. Sementara menunggu waktu berangkat, berkeliaran la aku di sekitar Pudu, melihat kehidupan masyarakat kota yang sentiasa sibuk hal keduniaan, hal kehidupan. Dengan pelbagai jenis dan ragam manusia. Melayu, Cina, India dan bangsa lain. Kadang-kadang, muka tu cam bangsa Melayu, tapi pakaian macam orang bangsa Cina; baju ketat hanya sekadar menutupi bahagian ‘atas’, berseluar jean. Mungkin kerana cuaca di Kuala Lumpur ni terlalu panas sehinggakan terpaksa memakai pakaian yang menutupi apa yang perlu sahaja.
Kalau bangsa Cina, mungkin kita tak berapa hairan, musim hujan ke, panas ke, sama ja. Diri tetap rasa panas. Sebab, mereka termasuk dalam golongan ‘musyrik’. Orang kafir memang diri mereka akan sentiasa rasa panas, tetapi berlainan dengan orang Islam yang benar-benar beriman, walaupun zahir terasa panas dek cuaca, tetapi jiwa dan roh sesejuk keimanan kepada Ilahi. Tenang jiwa, walau pun pakaian menutupi aurat dari atas sehingga la ke bawah, tetap terasa sejuk.
Selepas Subuh, terpaksa tidur kejap, untuk merehatkan badan, walaupun dalam displin seorang muslim tidak dibenarkan tidur selepas solat subuh tetapi dalam hal keadaan tertentu seperti keletihan kerana perjalanan jauh, di bolehkan tidur sekadar merehatkan badan. Cuma jangan menjadi kebiasaan. Rezeki di awal-awal subuh, dan amalan selepas subuh amat digalakkan sehingga terbit matahari seperti yang telah di bahaskan oleh Imam al Ghazali dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah.
Cadangnya aku nak ‘update’ kan selepas aku rehat, tapi member aku telefon. Dia dah balik ke sini tahun lepas, dan sekarang kerja di Shah Alam. Dia balik ke sini sebab datuknya meninggal (al Fatihah). Jadi, kebetulan ada sekotak kitab aku di rumah dia, dia suruh pi amik. Alang-alang dia di sini, pi amik kotab kitab aku dan berbual apa yang patut. Biasa la, topik awal nya, kerja kosong laaa Hehe. Kalau tempat hang ada kerja kosong, jangan lupa member. Tapi sayangnya, belum ada kekosongan. Kerja sekarang susah nak dapat. Kalau ada iklan jawatan kosong di dada akhbar, kemungkinan sekadar syarat iklan, tapi jawatan tu telah di isi sebelum lagi diiklankan. Sebab apa? Sebab, zaman la zaman ‘cable’ arrr. Lagi ‘cable’ besarrr, lagi la mudah nak dapat kerja. Tak dak ‘cable’, susah nak cari makan arrr.
Sebagai seorang muslim, kita kena berusaha walau pun tak dak ‘cable’. Manusia makhluk Allah, tak boleh sedikit pun berikan mudharat apatah lagi manfaat. Usaha tetap usaha, walau tak dak ‘cable’. Mana nak tau, rezaki kita ada salah satu permohonan kerja dari banyak-banyak permohonan. Aku… mana la ada ‘cable’. Adik beradik aku, semuanya kerja biasa ja. Mai pakat-pakat doakan aku, moga dapat kerja tetap Hehe. Amien. Ada keja tetap, lagi cepat la aku kawin. Hehe. Bukan apa, ni membantu untuk mempermudahkan kahwin.
Balik umah pun dah malam, rehat dan bersihkan diri. Kemudian, aku kena selesaikan urusan permohonan kerja aku di KUKUM. Tarikh tutup, esok (28 hb). Kena selesaikan juga malam ni. InsyaAllah, moga Allah permudahkan urusan aku.
Aghhh… Dah pukul 2.00 pagi, aku kena rehat. Esok kena uruskan urusan pengesahan salinan sijil dan terus ke Perlis untuk menghantar borang permohonan kerja aku. Moga Allah permudahkan urusan aku…
Wa Allahu a’lam…
Nazam Ubat Hati
1 week ago
0 Komen
Post a Comment