Sure Heboh Di Perlis

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 05, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Rakyat negeri Perlis mungkin boleh berbangga kerana telah mendapat penghormatan TV3 mengadakan karnival TV3; Sure Heboh yang kini sedang berlangsung di Stadium Utama, Kangar. Mungkin ini citarasa dan kehendak rakyat. Mungkin juga bukan kehendak rakyat, tapi inilah acuan Islam Hadhari untuk melahirkan masyarakat bertamadun melalui program-program seperti ini.

Walaupun secara umumnya, rakyat telah mengetahui pandangan Islam seperti yang telah diperjelaskan dan ditegur oleh mufti Negeri Perak. Tetapi, malangnya teguran mufti tidak memberi bekas di sanubari pimpinan Islam Hadhari.

Apa-apa pun, berdoalah kepada Allah, semoga kita dipelihara Allah dari murkaNya. Takutlah akan kemurkaan Allah.

Wa Allahu a'lam.

0 Komen