Oleh: Maro (Utusan Malaysia)
Perbualan di warung mamak cyber:
Pengunjung warung: 10 tahun lepas aku pernah melawat ke Taman Pertanian Bukit Cahaya tu, seronok! Ada sawah padi, ada rumah empat musim, binatang pun banyak, tapi yang kecik-kecik ja la!
Mamak: Itu dulu… Kalu encik ada pergi ini jam lagi seronok… ‘Binatang’ pun banyak ada yang besar-besar apa kat tepi taman sana!
Pengunjung warung: Waa… bestnya! Jadi gajah, badak, zirafah semua ada lah ya?
Mamak: Ini binatang besi punya.. Itu jentolak, jengkauk… Bla… Bla… Bla… Bulldozer… Bla… Bla… Bla…
Senyum kambing Utusan Malaysia…
A: PM tinjau Bukit Cahaya Seri Alam dari udara.
B: Kerana dari bawah nampak okey.
PM Terkejut…
``Saya lihat kawasan yang dibangunkan itu, habis pokok ditebang, langsung tidak ada pokok, malahan rumput pun tidak ada,'' katanya.
Dari mimik muka Abdullah semasa di atas pesawat, reaksi segeranya dalam ucapan tersebut dan gambaran yang diberikan terhadap kawasan sekitar taman pertanian itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah: ``Kawasan sekitar Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam tidak OK.''
Ternyata kesimpulan tersebut berbeza dengan kesimpulan yang dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, selepas membuat tinjauan darat taman tersebut Selasa lalu: ``Semuanya OK, tidak terjejas dan ia tidak diceroboh.''
Berita penuh: Semuanya OK - Khir -- Tetapi dua pemaju akan dikenakan tindakan undang-undang
Inilah isu yang aku rasa, agak sensasi dan panas yang berlaku dalam negara kita. Isu pembangunan di kawasan sekitar taman pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam. Alhamdulillah, kerakusan manusia dapat dibongkar. Inilah peranan media yang sewajarnya dilakukan, bukan sekadar untuk meraih keuntungan semata-mata di dalam industri hiburan yang melalaikan. Tapi, seingat aku, media swasta yang bongkarkan, bukan media kerajaan iaitu RTM. Ke manakah peranan media kerajaan? Mungkin sekarang media kerajaan sibuk hanya mencari kelemahan serta kecacatan pihak pembangkang, sehinggakan lupa kekotoran dan kecacatan yang amat jijik di depan mata.
Dalam isu ni, aku cuma nak tau, dan mungkin juga kalian nak tau, siapa yang memberi kelulusan pembangunan di kawasan tersebut? Tangan siapa yang menandatangani dan memberikan kelulusan kontrak tersebut? Adakah melalui tender terbuka yang tulus atau sebaliknya? Adakah melalui proses-proses yang betul dengan mengambil kira semuanya termasuk kepentingan alam sekitar? Di manakah peranan Jabatan Alam Sekitar. Kenapa sudah ‘botak’ di tebangnya pokok dan hampir menjejaskan taman pertanian itu baru disedari? Nak kata tak nampak, jentera-jentera yang ada di situ, semuanya besar-besar belaka, mustahil tak nampak. Lainlah kalau MB Selangor dan exco-exconya seorang yang buta, atau pun kenyang ‘disuap’ sehinggakan ‘kekenyangan’, lena dibuai mimpi yang indah berbantalkan ‘habuan’.
Aku bersetuju dengan cadangan NGO meminta supaya didedahkan identiti selengkapnya pemaju-pemaju yang terlibat dalam ‘kerakusan’ projek tersebut. Dilaporkan sebanyak 35 pemaju yang terlibat. Seperti kata pengarang Utusan Malaysia;
“Sesungguhnya, masih banyak tanda tanya menyelubungi kontroversi pembangunan di sekeliling Taman Pertanian Bukit Cahaya Seri Alam. Apakah semua yang tidak betul itu hanya dilakukan oleh pihak pemaju? Umum masih tidak tahu siapa-siapakah pemaju yang dikatakan berjumlah 35 itu?
Tidak ada sebab menyembunyikan identiti mereka jika kita benar-benar percaya kepada ketelusan dalam mentadbir kerajaan, perlu juga diketahui sama ada mereka pemilik asal atau mereka membelinya daripada orang lain yang mendapatnya.
Untuk berlaku adil kepada Dr. Khir Toyo, perlu juga dimaklumkan apa yang diberikan kepada siapa semasa siapa menjadi Menteri Besar. Sekali lagi, jika kita betul-betul hendak berpegang kepada ketelusan, tiada sebab untuk menyembunyikan fakta-fakta ini.”
“Saya tiada kepentingan dengan 35 syarikat pemaju”
Fakta Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam:
+ Dibuka pada 1986
+ Idea penubuhan dicetuskan oleh bekas Menteri Pertanian; Tan Sri Sanusi Junid.
+ Kelulusan taman 1 258 hektar (3 145 ekar). Keluasan sekarang 846 hektar (2 116 ekar)
Gunung-ganang, bukit-bukau Allah Taala jadikan sebagai pasak bumi kepada bumi. Bumi kita stabil kerana peranan gunung-ganang. Semunya terjawab sekiranya kita selalu hayati isi kandungan al Quran. Allah dah jelaskan peranan gunung-ganang dalam kehidupan kita di atas muka bumi.
Tapi, masalahnya, kita tak mainkan peranan sebagai khalifah Allah di muka bumi dengan bijak. Tanpa berpandukan petunjuk dari Ilahi. Kita melantik orang yang akan memimpin kita dari golongan yang rendah akhlaknya dan langsung tak memahami isi kandungan al Quran. Orang yang tak tahu selok belok memimpin masyarakat ke arah redha Allah SWT.
Secara tidak sedar, kita juga terlibat dalam isu ‘pengondolan Bukit Cahaya’. Sebab apa, sebab tangan kita yang memangkah melantik pimpinan kerajaan sekarang. Kita yang memberi kepercayaan kepada orang jahil menjadi pemimpin kita. Kita akan dipersoalkan akhirat kelak; “kenapa kamu melantik si fulan bin si fulan untuk menjadi pemimpin kamu, padahal si fulan bin si fulan bernafsu buas rakus mengaut keuntungan untuk peribadi dan kroni, dan si fulan bin si fulan amat jahil urusan agama.”
Ini baru isu masyarakat, dan banyak lagi yang akan di tanya; “kenapa kamu melantik pemimpin yang membela artis, ternyata secara terang-terangan melakukan mungkar dan mengundang kemurkaan Allah”. Urusan agama diberikan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka kita mengundang kemurkaan Allah SWT.
Apakah peranan kita selepas ini? Berani buat perubahan. Ayuh kita bersama melakukan perubahan. Tangan kita yang memangkah melantik pimpinan, maka tangan kita juga mampu mengubah untuk melantik pimpinan yang benar-benat takut pada Allah, untuk sama-sama membawa kita ke arah redhaNya.
Cukup, cukuplah… Jangan dibiarkan lagi mereka bersenang-senangan kemewahan dengan hasil titik peluh kita. Jangan di biarkan lagi mereka memijak-mijak Islam. Hancurkan kekuasaan dengan tangan kita… Ayuh… Berani melakukan perubahan…
anNaqshY- Dr. Khir Toyo dan exconya wajar letak jawatan ekoran kelemahan pentadbiran beliau yang diseliputi rasuah berleluasa. Rasuah merupakan barah dalam masyarakat. Nyah kamu dan exco kamu dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor.
Wa Allahu a’lam.
0 Komen
Post a Comment