Bismillahirrahmanirrahim…
Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, 28 Februari. Hari terakhir untuk penyerahan borang jawatan kosong di KUKUM. Sekarang juga waktu dhuha, disunatkan solat dhuha, bermula setelah 20 minit matahari terbit sehingga tergelincir matahari. Boleh dilakukan 2, 4, 6 dan 8 rakaat. InsyaAllah, dengan izin Allah, siapa yang solat dhuha dan beristiqamah dengan amalan tersebut walaupun hanya sekadar 2 rakaat, akan dipermudahkan urusan kehidupan. Seharusnya, dimasukan di dalam jadual harian kehidupan seorang muslim, waktu untuk solat dhuha.
Sewaktu zaman menengah, kami dilatih untuk solat dhuha pada waktu rehat setiap hari. Idea ini timbul selepas tazkirah oleh Pak Long Zainal Asri pada tahun 1997. Selepas tazkirah tersebut, telah menjadi kebiasaan kami untuk mengerjakan solat dhuha pada waktu rehat. Hanya mengambil masa sekitar 10 minit, kelihatan pelajar-pelajar bersolat di surau. Dan kemudian, terus ke kantin untuk makan atau minum.
Cadangnya, sebelum ke Perlis, aku ke sekolah menengah berdekatan untuk pengesahan salinan sijil. Tapi, fikir-fikir, susah la pulak. Lantas aku menelefon mak aku di pejabat untuk buat pengesahan di sana.
Setelah selesai urusan borang, bersiap-siap untuk hemat diri dan sarapan pagi. Sementara menunggu kepulangan ayahku dari hospital Alor Setar, aku bersiap-siap mengemas diri. Semak semula borang, fikir apa yang perlu di bawa. 10.30 pagi, bertolak ke pejabat mak aku, setelah selesai buat pengesahan salinan, terus bertolak ke Perlis.
Inilah peluang untuk aku singgah di sekolah lama. Ziarah ustaz dan guru. Hubungan kami dengan ustaz-ustaz di sana, amat akrab. Kebiasaan, setelah tamat sekolah, walau belajar di IPT mana sekalipun, waktu cuti, insyaAllah akan ziarah ke sana. Sebutlah nama-nama anak murid mereka, insyaAllah mereka pasti akan ingat. Cuma, kadang-kadang kita ja yang lupakan jasa baik mereka dalam mendidik kita.
Mereka seronok kalau kita apabila tamat pengajian, pulang menziarahi mereka. Setelah aku sampai, kelihatan wajah senyuman mereka. Bertanya khabar dan berita perkembangan sekolah. Aku tengok, banyak perubahan fizikal berbanding zaman aku sekolah dulu.
Alhamdulillah, rezeki aku, aku ditawarkan berkhidmat sebagai guru komputer di sana. Ehhh, belajar bidang pengajian Islam, tapi ditawar ngajar bidang lain. Subjek komputer di sekolah aku, termasuk dalam salah satu subjek akademik yang akan dinilai pada peringkat sekolah. Setelah aku tamat SPM di sana, aku mengajar komputer sementara menunggu tawaran IPT. Apabila lanjut pengajian, pada cuti semester, aku akan balik ngajar di sekolah. Jadi, ada pengalaman 2 tahun mengajar subjek komputer. Sekarang, aku dah habis pengajian, ditawarkan jawatan lama. Hehe. Alhamdulillah rezeki. Nanti akan dihubungi untuk pengesahan jawatan tenaga pengajar di sana.
Sambil tu, aku berbincang dengan cikgu aku hal projek kelas tuisyen aku. Dapat la sedikit sebanyak maklumat penting dan pengalaman mereka. Apa-apa pun, doa la bagi projek aku berjaya dalam masa terdekat. Kat sana, ada member sebilik aku waktu sekolah dulu, sekarang dah jadi pengajar di situ. Ustaz Khairul Anuar Saad. Mmm rakan sebilik jadi BP PMRAM. Hehe. Nak tahu hal dia, leh tanya aku Hehe.
Pukul 2 petang, kena bertolak ke Kangar. Hantar borang kerja. Moga dapat la kerja di Perlis ni. Dekat ngan umah aku, umah member aku, umah ustaz-ustaz aku, mmm dekat ngan sapa lagi erkkk… Nanti aku fikirkan. Hehe. Lepas hantar borang, cadangnya nak ke ‘party’ umah Atan. Tiba-tiba dihantarnya SMS tak jadi buat ‘party’ lak. Naya, naya aku. Dah la aku tak makan lagi, aku makan nasi paprik kegemaran aku kat medan Arau pun tak paaa. Dah alang-alang sampai, aku pi gak la. Pi rehat sementara menanti malam. Malam aku ada temujanji ‘special’ lak Hehe. Umah Atan, aku dah masyi sangat. Kiranya, aku baik laa dengan keluarganya. Pi rehat sementara menanti malam. Kalau jumpa Atan, mesti topik utama la ni untuk diperbincangkan ialah pekerjaan. Hehe. Dia buat multilevel marketing. Luxor networking. Sapa nak join boleh arrrr. Aku.. Aku tak nak lagi, aku bidang lain. Dia dok promosi kat aku jaaa. Hehe. La ni, multilevel marketing ni, dah top sangat. Sapa-sapa kerja syarikat apa pun, kerajaan ka, swasta ka, mesti join punya salah satu network. Baguih la. Salah satu bentuk perniagaan. Nabi SAW pun menggalakkan umatnya berniaga. Nabi pun dulu berniaga gak. Yang pentingnya, prinsip halal mesti la diutamakan. Allah menghalalkan jual beli, tapi mengharamkan riba.
Malam kul 10, aku pi umah keluarga ‘special’. Saja pi ziarah, sejak aku balik, tak pi lagi. Nanti apa kata mereka. Peluang cuti kerja ni, aku amik kesempatan pi ziarah. Nanti bila dah kalut keja aku tu, kemungkinan susah nak datang ziarah. Cam tu la aku beritahu kat ibubapa’nya’. Mereka pun faham, aku pi hantar diploma anaknya yang aku ambilkan. Dan sembang la apa yang patut. Cerita la apa yang patut kehidupan di Mesir ni.
Balik, janji ngan KA (Khairul Anuar Saad) di sekolah. Singgah sekolah, dia pun dah nak balik, kira-kira duit keuntungan masuk koperasi sekolah. Nak sembang lebih pun, tak leh lama mana. Sekadar tanya apa yang patut. Antara dialog menarik antara aku ngan dia:
Tepat kul 1.00 pagi, kami bertolak balik. Aku bawa keta sorang-sorang. Jalan sunyi lak tu… Dalam kepala, terfikir aku rakan sebilik sekolah aku, darul taqwa; aku, pak sheikh, Anuar, Brahim dan Ihsan.
Sambil memandu, teringat macam-macam… langsuir la, pontianak la, apa la… Hehe… Tak takut pun, Cuma teringat ja… Tiba-tiba dok belakang aku ka, lintas jalan ka Hehe…
anNaQshY-Perjuangan memerlukan pengorbanan. Moga Allah tetapkan hati kita atas istiqamah perjuangan; perjuangan nafsu mendidik diri dan juga menjulang keizzahan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah… Sebut soal perjuangan, memang mudah. Buat kertas kerja membicarakan perjuangan, memang mudah. Alam siswa berbeza dengan alam selepas belajar, alam pekerjaan dan seterusnya alam berumah tangga. Mungkin sewaktu kita memimpin persatuan, kita ibarat ‘singa’ yang lapar, menerkam siapa saja di depan, sanggup mengharungi tribulasi. Selepas tamat alam siswa, kita teruji, adakah kita seperti ‘singa’ yang lapar seperti sewaktu alam siswa-siswi dahulu, atau pun, seperti ‘singa’ yang hilang ‘kukunya’. Ya Allah, istiqamahkan perjalanan ku…
Wa Allahu a’lam.

Aku: camana, apa cerita?
KA: cam ni, senang mai la sekolah, sementara tak keja tetap ni, ‘join’ kami.
Aku: insyaAllah.
KA: la ni dok bagi kuliah kat mana dah, hulur la ‘zakat’ sama, sebelum ni orang bagi zakat duit, la ni kita lak hulurkan pula ilmu yang ada.
Aku: insyaAllah… (sambil tersenyum), mmm yang masalahnya, dulu kat Mesir ‘berapi’, tapi balik mai sini senyap… Kalau yang biasanya, tak masalah sangat kan?
KA: dulu kat Mesir ‘berapi’, balik senyap tu, masalah, dan dulu biasa, dan balik sini tak dak perubahan pun bermasalah gak. Jadi, teruji la kat sini.
Aku: (senyum jaa)
Aku: Mmm dulu kita dok sebilik kan…
KA: (senyum) so, banyak la cerita, lama tak sembang, kalau nak sembang, sampai pagi tak habih, so enta nak balik jauh kan, lain kali jaaa…
Aku: (senyum)
Tepat kul 1.00 pagi, kami bertolak balik. Aku bawa keta sorang-sorang. Jalan sunyi lak tu… Dalam kepala, terfikir aku rakan sebilik sekolah aku, darul taqwa; aku, pak sheikh, Anuar, Brahim dan Ihsan.
Sambil memandu, teringat macam-macam… langsuir la, pontianak la, apa la… Hehe… Tak takut pun, Cuma teringat ja… Tiba-tiba dok belakang aku ka, lintas jalan ka Hehe…
anNaQshY-Perjuangan memerlukan pengorbanan. Moga Allah tetapkan hati kita atas istiqamah perjuangan; perjuangan nafsu mendidik diri dan juga menjulang keizzahan Islam sehingga tertegaknya Daulah Islamiyah… Sebut soal perjuangan, memang mudah. Buat kertas kerja membicarakan perjuangan, memang mudah. Alam siswa berbeza dengan alam selepas belajar, alam pekerjaan dan seterusnya alam berumah tangga. Mungkin sewaktu kita memimpin persatuan, kita ibarat ‘singa’ yang lapar, menerkam siapa saja di depan, sanggup mengharungi tribulasi. Selepas tamat alam siswa, kita teruji, adakah kita seperti ‘singa’ yang lapar seperti sewaktu alam siswa-siswi dahulu, atau pun, seperti ‘singa’ yang hilang ‘kukunya’. Ya Allah, istiqamahkan perjalanan ku…
Wa Allahu a’lam.
0 Komen
Post a Comment