Permohonan IPTA 'Online'

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Wednesday, March 16, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Tahniah, aku ucapkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan seangkatan dengannya kerana telah melangkah maju ke hadapan, kerana telah menyediakan perkhidmatan permohonan secara ‘online’ untuk masuk ke IPTA. Inilah kemajuan yang kita sangat-sangat harapkan, sehingga bagi penduduk luar bandar, terpinga-pinga untuk mengetahui bagaimana nak lakukan permohonan ‘online’ tersebut.

Zaman aku dulu-dulu, mudah jaaa. Dan mungkin hampa kalian pun seperti aku. Isi borang dan hantar je. Tak usah pening-pening. Walaupun aku tak dapat UIA IPTA tempatan, aku bersyukur di sebalik apa yang Allah takdirkan. Sekarang ni, zaman Hadhari canggih, moden katakan, semua di jari anda. ‘Klik’ je, semua terpampar di hadapan mata. Baik pun boleh dapat, buruk pun bolah dapat juga. Nak mohon IPTA pun, ‘klik’ je, semua dah masuk dalam data di Kementerian Pendidikan.

Aku bukan apa, kita ni, tak semua lapisan masyarakat boleh mahir dalam bab dunia internet nih. Lapisan pelajar luar bandar, mungkin 2 dari 10 yang boleh guna, bukan kategori mahir. Hanya boleh menggunakan kemudahan internet. Bagaimana mereka nak buat permohonan dengan lancar?

Pihak Tmnet atau JARING atau seangkatan, mungkin masuk duit kerana pengguna internet melonjak begitu mendadak. Pihak pengusaha cyber pun, mendapat perolehan kewangan mendadak juga. Jadi, pihak yang terpaksa mengeluarkan duit secara ‘mendadak’ ialah pengguna, terutama mereka pendapatan sederhana.

Sebab apa? Aku dah hampir seminggu buat ‘survey’ bagi mereka yang masuk untuk memohon secara ‘online’ di cyber. Puratanya mengambil masa 2 hingga 4 jam untuk selesai daftar. Alhamdulillah, jika selesai daftar. Kalau yang tak boleh daftar, bagaimana? Aku perhatikan, 3 daripada 10 berjaya daftar. Ada yang terpaksa berulang-alik 2 3 kali untuk ‘online’, baru boleh berjaya daftar. Duit pun habis, masa pun terpaksa dihabiskan begitu sahaja.

Sebab apa 2 3 kali? Sebanya laman web Kementerian Pendidikan dan Politeknik mengalami ‘traffic jam’. Bayangkan, dalam satu masa, pelajar seluruh Malaysia serentak ‘online’ untuk daftar. Berapa ramai? Bukan sekadar 10-20 pelajar. Bila terlalu ramai yang ingin masuk web tersebut secara serentak, maka berlakulah yang dinamakan ‘traffic jam’. Weblog aku puun, kalau semua penduduk dunia ni masuk secara serentak, jam gakkk. Hehe. Maka, ada yang berjaya ‘online’, dan ada yang terlalu lambat nak masuk laman web, dan tidak ketinggalan ada yang tak leh masuk langsung. Jadi, sapa yang untung? Pengusaha cyber dan rakan-rakan yang untung.

Tu yang boleh guna kemudahan internet, bagi yang tak tau dan tak mahir nak guna, terkehel-kehel nak guna. Kesian kan. Nak belajar sikit satu hal, dan nak daftar pula satu hal.

Apa salahnya pihak kementerian buat kajian di semua lapisan masyarakat. Biar lama tak pa, buat kajian. Selama mana pihak kerajaan kaji cara tak mahu bagaimana nak laksanakan hukum Allah di dalam masyarakat majmuk. Dah 50 tahun merdeka, masih lagi buat kajian bagaimana nak laksana hukum Allah di sini. Lama kan? So, apa salahnya perkara yang lain pun dibuat kajian menyeluruh dan lama seperti penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains, dan yang lain-lain.

Mungkin aku nampak apa yang kontra, dan dalam masa yang sama, aku juga mengakui ada kebaikan. Cuma, terlebih baik kita fikirkan kelemahan pengguna penduduk luar bandar.

Malaysia Boleh!!!

Wa Allahua’lam…

0 Komen