Tasik Bandar Darul Aman.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Monday, March 14, 2005 | 2 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Sudah lama aku tak pi ke Tasik Bandar Darul Aman. Dulu, dalam 2 atau 3 tahun lepas, masa aku buat kerja sambilan di Bandar Darul Aman, setiap petang aku ngan member aku lepas kerja akan pi ke tasik tu untuk beriadah. Kami akan berkayak. Aku yang tak pernah berkayak, pada mulanya, rasa takut nak berkayak, tapi bila dah cuba sekali, fuhhh rasa seronok lak. Aku rasa ‘gian’ lak nak berkayak. Cuma, la ni, tak dak member aku yang kaki kayak yang boleh aku ajak.

Masa aku kat sekolah dulu, kami ada Kelab Kembara. Banyak aktiviti luaran yang dah buat. Antaranya aktivitinya berkayak. Fikir sorang-sorang nih, rasa seronok teringat kenangan sekolah lama dulu. Orang kata paaa, KBSM. Kenangan Belajar Sekolah Menengah. Kalau orang tanya aku, waktu bila paling ‘best giler’ aku lalui, aku akan jawab; waktu aku belajar di sekolah menengah dulu.

Kelmarin, waktu lepas kerja, aku rasa tingin nak tengok suasana di Tasik Bandar Darul Aman. Sejak aku balik ni, aku tak pi lagi. Lagipun, lepas Asar aku rasa letih, jadi kalau aku dok umah, aku rasa cam nak baring jerrr. Kalau baring tu, al maklum laaa, terlelap dan tertidur la jawabnya. So, nak elakkan dari tidur lepas Asar, aku pi la tasik tu. Tak baik kan, tido lepas Asar.

Tempat rekriasi seperti tu, baik juga disediakan untuk rakyat kalau rakyat tahu menggunakannya. Baik untuk seisi keluarga datang untuk ‘makan angin’, rehat tenangkan minda setelah serabut bekerja seharian. Tapi, malangnya, golongan bekeluarga yang datang, hanya sedikit sangat, berbanding dengan golongan yang berdua-dua tanpa ikatan perkahwinan nih. Pendek kata, orang pi ‘dating’ arrr. Golongan ni, lebih banyak menguasai membentuk pemandangan di tasik tu. Di serata corok mesti ada ‘couple’ ber‘dating’.

Dan untuk hampa nak tau, kawasan Bandar Darul Aman ni, meriah dengan ‘student’ dari Politeknik, dan UUM. Dan tidak ketinggalan juga taman-taman perumahan yang membiak bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan. Mmm bila sebut hujan ni, alhamdulillah, hujan baru ja turun dengan lebatnya petang tadi. Sampai ke malam. Syukur aku, setelah lama tak hujan.

Aku pikir, mungkin kelmarin aku pi, aku tengok. insan yang ber‘dating’ tu insan yang aku tak kenali. Akan datang, aku pi pula, mungkin adalah rakan aku, mungkin akan datang pula, adik-beradik aku, mungkin akan datang pula, adik aku, dan tidak mustahil akan mendatang pula, aku sendiri atau anak-anak aku.

Kita bukan membenci mereka, kita sayang mereka semua. Tapi kita bencikan apa yang mereka buat. Kalau boleh, kita sama-sama nak lihat suasana ma’ruf disekeliling kita, dan kita nak ajak mereka semua bersama-sama kita bersama amalkan.

Kita tak seperti mereka, bukan bermaksud kita lebih baik dari mereka, tapi alhamdulillah, Allah pelihara kita dari lakukan. Dan hendaklah kita sentiasa berdoa agar Allah sentiasa memelihara kita dari melakukan perkara yang dimurkaiNya. Dan menjaga keturunan kita dari terjerebak dengan perkara di atas.

Amin, ya Allah.

Wa Allahua’lam.

2 Komen

  1. Anonymous // 11:50 PM  

    may i have the contact no. of tasik darul aman?

  2. .::.anNaQshY.::. // 11:33 AM  

    Awak boleh hubingi di alamat berikut:

    Lot 1, Bandar Darulaman,
    P/O Box 12,
    06700 Kubang Pasu,
    Jitra, Kedah Darul Aman, MALAYSIA
    Tel : 604-9178080
    Fax: 604-9173537
    E-mail:drsb@darulamanrealty.com.my