Seorang Suami...

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Thursday, March 17, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Aku tertarik satu soalan yang telah dikemukakan oleh seorang pembaca Utusan Meloya Malaysia pada hari Ahad yang lepas. Jom kita pakat-pakat baca dulu, OK

Bersama: DR. AMRAN KASIMIN

SOALAN: Saya berumur 29 tahun. Isteri saya meninggal dunia enam bulan yang lalu kerana penyakit barah. Sejak tarikh tersebut, saya rasa hidup tidak menentu. Saya sedar, segala apa yang berlaku adalah ketentuan Allah, tetapi hakikatnya saya tidak dapat menerima kematiannya. Saya benar-benar terasa begitu keseorangan. Segala apa yang saya lihat, terutamanya di rumah akan menjadi seumpama satu nostalgia kepada isteri saya, dari mula masuk pagar rumah, sehinggalah kepada benda-benda kecil, seperti gelas, pinggan juga pakaiannya yang masih tergantung kemas dalam almari.


Saya tidak pernah bercinta dengan isteri saya, kecuali setelah bernikah kerana perkahwinan diatur oleh kedua-dua ibu bapa di kampung. Boleh dikatakan setiap hari Jumaat saya akan ke kuburnya. Selain untuk melegakan pilu kehilangannya, saya terlalu menginsafi agar rohnya diampuni Allah. Adakah dia tahu apa yang sedang berlaku pada saya dan adakah dia tahu kehadiran saya setiap pagi Jumaat?

Jawapan: Kematian bukan bererti kemusnahan.

Dah baca jawapan? Apa yang aku tertarik sangat? Antaranya:

1. Nostalgia cinta selepas kahwin. Kasih aku seorang suami yang amat mendalam. Berputik cinta selepas sebelum berkahwin.

2. Persoalan orang yang telah meninggal dunia.

Persoalan ke dua tu, anda timbangilah mengikut penilaian dan ilmu anda. Kadang-kadang, ada orang tuduh kita yang bermazhab ni, taksub dan taqlid buta. Aku dah jumpa weblog yang agak kurang ajar orang sebegini, Cuma aku tak mau ulas sebab menjaga permasalahan yang lain.

Wa Allahua’lam.

0 Komen