Bismillahirrahmanirrahim…
Ya Allah, aku rindukan kenangan manis saat-saat kami bersama-sama dalam satu rantaian dari rantaian perjuangan. Perjuangan yang dimulai oleh Rasul SAW, bersambung para sahabat, tabi’in dan seterusya generasi ke generasi ulama silam hingga ke hari ini.
Bukanlah kami yang memulakan rantaian ini, dan bukan kami yang mengakhiri rantaian ini, tapi kami adalah antara rantaian-rantaian yang bersambung hingga tertegaknya Islam seperti zaman kegemilangan Islam dahulu.
Indah nya ukhuwwah Islamiyah yang benar-benar berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Kekuatan ukhuwwah itu sering menjana aku untuk terus sentiasa bersama rantaian itu.
“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban da’wahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya, kekalkan kemesraan antara-antara hati-hati ini. Tunjuklah kepada hati-hati ini akan jalanNya (yang sebenar). Penuhkanlah hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakkal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu. (Jika Engkau mentaqdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.”
Ya Allah, istiqamahkan hati-hati kami untuk bersama-sama dengan rantaian ini…
Aku rindukaan ukhuwwah itu...
Amin.
0 Komen
Post a Comment