Kenapa Berkahwin?

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Saturday, March 12, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim…

Firman Allah SWT:

“Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi maha mengetahui.” (an Nuur: 32)

Nabi SAW bersabda:

“Wahai golongan pemuda! Barangsiapa yang mampu di antara kamu untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sebab yang demikian itu akan menjaga pemandangan dan memelihara kemaluan” Riwayat Jamaah.

Masa aku pi ke UIA pada akhir bulan lepas, aku pernah bertanya kepada kawan aku; “bila hang nak kawin”. Jawabnya; “aku lambat lagi kot, aku nak habiskan pengajian aku dulu, bidang aku lambat lagi nak habis ngaji, lepas tu nak keja, mau tak mau, umur aku 30 bagu aku kawin.” Aku balas; “Tak pa, kalau dalam umur sekarang sampai hang nak umur 30, hang mampu jaga diri hang dari maksiat, ahlan.”

Nabi SAW berkahwin dengan Siti Khadijah RHA, ketika usia 25 tahun. Jadi aku fikir, usia 25 tahun paling sesuai untuk seorang lelaki berkahwin. Jadi, kalau muslimah, bagaimana?

Zaman sekarang, sering dikatakan; perempuan sekarang bukan seperti perempuan dulu-dulu zaman nenek kita. Nenek kita tak ngaji tinggi-tinggi macam kita. Jadi, dulu boleh la kahwin ketika usia belasan tahun. Zaman la, umur 20an, baru jejak kaki ke menara gading. Jadi, tak sesuai untuk mikirkan hal kahwin. Umur 24, baru habis belajar dan nak bina kerjaya. Jadilah wanita bekerjaya. Kadang-kadang, sampai 30 pun masih lagi belum kahwin, sebab kerjaya punya pasal.

Jadi, usia berapa yang sesuai bagi seorang muslimah. Aku pun tak dapat berikan jawapan yang tepat. Ikut tuntutan agama, kahwin awal boleh mengelak diri dari maksiat. Lihatlah di mana-mana IPT sekalipun, budaya ber‘couple’ ni sudah boleh dianggap perkara biasa, bukan luar biasa. Kalau makan semeja ni, aghhh biasa saja, zaman moden. Bukan zaman datuk nenek kita dulu-dulu. Dengan teknologi yang sedia ada, lebih membuka ruang untuk lelaki perempuan berhubung tanpa batasan.

Pada fikiran aku, lebih baik seorang muslimah berkahwin awal. Awal dalam konteks sekarang, mungkin bukan bermaksud dalam belasan tahun. Mungkin dalam awal 20an. Takut kita tak mampu untuk membina tembok menepis segala godaan iblis. Dalam kajian sains pun, aku rasa, lebih baik perempuan berkahwin awal. Sebab perempuan dia ada ‘tarikh’ tamatnya. Jadi, kalau kahwin awal, tempoh sebelum nak sampai ‘tamat’nya tu, masih jauh lagi.

Bila berkahwin, sampai umur sekian-sekian, doktor nasihati agar elakkan daripada mengandung sebab boleh mengundang bahaya. Tu doktor kata, tak pe la, sekurang-kurangnya kita ada maklumat hasil dari kajian sains. Apa-apa pun, kembali kepada kekuasaan Allah SWT. Jadi, terpulanglah pada fikiran muslimah sekelian, apa yang terbaik buat kalian. Renung dan isthikarah, apa petunjuk dari Allah.

Kenapa berkahwin? Kita berkahwin sebabnya nak lahirkan keluarga muslim. Bila sebut keluarga ni, tak dapat tidak akan ada unsur suami, isteri dan bakal anak-anak yang dilahirkan. Tak dak unsur-unsur ni, tak di namakan keluarga. Dari keluarga muslim inilah bakal lahirnya masyarakat muslim dan seterusnya negara Islam. Suami mendidik isteri dan seterusnya mentarbiyah anak-anak jadi jundullah.

Adakah tugas seorang isteri itu membasuh pakaian, membersih rumah, memasak atau pendek kata segala kerja rumah adalah tugas isteri? Jawapnnya, tidak. Tugas utama seorang isteri adalah melayan suami dan juga mendidik anak-anak. Kerja rumah tu sebenarnya adalah tugas suami. Tapi, nanti jangan sapa yang dah berkahwin balik pi ceramah kat suami lak.. Kata ni adalah semua kerja suami. Hehe. Nanti bila ditanya, kenapa tak buat kerja rumah, dijawabnya, ni bukan tugas utama isteri. Habih, lingkup rumahtangga. Teringat aku kisah Saidina Umar yang senyap bila isterinya berleter, Saidina Umar senyap sampai habih isterinya berleter, tak kata apa. Kemudian ada sahabat bertanya, sebab apa hang senyap ja… Saidina Umar berkata; biar la… Depa dah letih membuat kerja rumah seharian, biarkan dia berleter. Kalau diserah kerja rumah ini kepada aku, nescaya aku pun tak mampu lakukan. (Kalau salah versi terjemahan ni, beritahu aku)

Nak lahirkan masyarakat harmoni, keluarga kena juga harmoni dan bahagia, orang kata ‘sakinah’. Ketenangan dalam kehidupan keluarga. Nak dapat ‘sakinah’ tu yang susah. Asasnya, ikut apa yang Islam ajar, insyaAllah tenang rumahtangga. Bila sebut tugas utama isteri mendidik anak, mungkin di sini timbul bagaimana kalau isteri bekerja. Bila bekerja, bila masa nak didik anak?

Isteri kena ingat, serah kepada pusat asuhan atau penjaga rumah untuk menjaga anak bukan jalan penyelesaian. Sekarang, timbul anak-anak yang bermasalah antara sebab nya adalah kurangnya kasih sayang dari ibu bapa. Si bapa mungkin terhad masa untuk si anak kerana urusan mencari nafkah untuk keluarga, tak heran kerana itu tugas suami. Tapi, jika si isteri pun sibuk kerja di luar, maka secara tidak langsung terjejas proses pentarbiyahan anak-anak.

Tu kita lihat, bila parti pembangkang memegang kerajaan Negeri Kelantan, antara perkara yang disentuh adalah soal wanita bekerja. Sebab apa, sebab orang yang ngaji agama, dia tau apa yang Allah sebut dalam al Quran selok-belok hal wanita. Keupayaan wanita dalam menanggung beban tugas tanggungjawab dan sebagainya.

Ada pro dan kontra dalam membicarakan hal ini. Aku tak menentang wanita bekerjaya dan tidak pula menyokong seperti mana yang diperjuangkan SIS yang merapu. Kerajaan kena ambil berat dalam hal begini kerana melibatkan urusan membentuk sebuah masyarakat. Kita buka nak mengejar ketamadunan kebendaan semata-mata, tapi kena juga fikirkan ketamadunan kemanusiaan yang berlandaskan apa yang Islam mahukan.

Anda seorang wanita? Fikirkan antara baik dan buruk. Pagi keluar bekerja seawal yang mungkin, tengahari belum tentu balik makan menyediakan masakan, balik rumah, petang. Letih dengan urusan kerja. Malam, semestinya kena rehat awal untuk kerja keesokkanya. So, bila masa anda mahu uruskan rumahtangga menjaga suami dan juga anak-anak? Layan suami adalah kewajipan dan tidak boleh menolak walau apa keadaan.

Dalam hal ini, tak boleh menunding jari semata-mata kepada suami isteri kerana dunia menghambat kita supaya mencari duit lebih untuk masa hadapan. Sekarang harga semua mahal, urusan yang beransurkan kebajikan telah di swastakan untuk keuntungan seperti dunia pendidikan. Jadi, mahu tidak mahu, suami isteri kena bekerja untuk masa hadapan. Cuma, kita kena fikir satu kaedah bagaimana kita mampu laksanakan tugas mendidik anak supaya tidak terabai. Yang penting, bagaimana kerajaan berusaha untuk mencari satu kaedah yang terbaik menangani permasalahan ini.

Mendidik anak, bukan satu perkara yang mudah. Soal pentarbiyahan ni, memakan masa yang lama. Guruku pernah berkata, isteri kepada seorang pejuang nih, sebaiknya dia berada di rumah. Untuk mendidik anak-anak. Alangkah baik kalau seorang isteri apabila memasak, masak dengan hatinya tidak lalai, berzikir sambil memasak. Makanan yang masuk ke dalam perut kita tu, makanan yang penuh dengan barakah memberikan kekuatan dalaman dalam hati pejuang. Pakaian yang dibasuh dan digosok, gosok dengan hati yang sentiasa penuh dengan zikir. Mendidik anak-anak penuh dengan perhatian sepanjang masa dengan air tangan seorang isteri. Anak-anak membesar dengan susu badan seorang ibu.

Dalam hal ni, aku pun tak tau nasib aku macam mana. Aku tak tau apa yang Allah akan uji ke atas diriku. Aku fikir, semua wanita yang berfikiran jauh, tak mau juga bekerja berhempas pulas. Tapi, peredaran masa memaksa kita. Kita harapkan kerajaan, kerajaan seolah-olah tidak memperdulikan kita. Kepada siapa harus diluahkan permasalahan orang bawahan seperti kita. Mari kita menadah tangan kepada Allah semoga Allah laksanakan niat suci kita untuk membentuk generasi Qurani buat meneruskan agenda dakwah. Mempermudahkan urusan kehidupan kita mendatang. Dunia... Yang akan fana...

Ya Allah, berikanlah petunjukMu…

Wa Allahu a’lam.

0 Komen