Bismillahirrahmanirrahim…
Guruku pernah pesan kepadaku… Sekiranya kita tidak mampu untuk bangun bertahajjud, ini bermakna pada siang harinya kita ada melakukan maksiat, dosanya membekas di hati. Kesannya, menyukarkan kita untuk bangun malam. Amalan bangun malam adalah amalan salafussoleh.
Amalan paling sedikit yang boleh dilakukan ketika bangun malam, solat witir satu rakaat. Walaupun hanya satu rakaat, seandainya kita mampu beristiqamah lebih baik dari amalan-amalan yang kita lakukan walaupun banyak, tapi ber‘kadang-kadang’. Ulama pernah berpesan, istiqamah lebih baik dari 1000 karamah. Nak kekal beristiqamah dengan satu-satu amalan amat sukar. Dengan tuntutan nafsu, hasutan iblis mengganggu perjalanan kita untuk beristiqamah. Istiqamah dalam amalan seharian, istiqamah dalam perjuangan.
Untuk mencipta sebuah kemenangan sukar, tapi lebih-lebih sukar lagi untuk mengekalkan satu kemenangan. Untuk mencipta sebuah kejayaan sukar, tapi lebih-lebih sukar untuk mengekalkan sebuah kejayaan. Untuk melakukan solat witir sekadar satu rakaat, mudah. Tapi untuk beristiqamah sepanjang malam hanya satu rakaat witir amat susah.
Istiqamah tu ape arrr… Istiqamah tu tetap. Nak kata tak putus pun boleh gak. Bermaksud, kalau dalam konteks amalan tu, kita tak putus mengerjakan walau sehari. Contoh lain, dalam perjuangan; dulu, kini dan selamanya… Bermaksud, dulu seorang pejuang, kini seorang pejuang dan selamanya kita tetap berjuang menegak kalimah la ilaha illa Allah sehingga kita ditaqdirkan mati.
Jadi, mari kita sama-sama mula. Biarlah kita didik dengan solat witir dengan satu rakaat setiap malam. Sebab apa, sebab Allah suka dengan witir ni. Buat permulaan, biarlah kita mula witir setiap malam sebelum tidur.
Saidina Abu Bakar RA, melakukan solat witir sebelum tidur. Bila ditanya mengapa? Sebabnya, kita belum tentu lagi boleh bangun malam. Mungkin kita mati ketika tidur, atau tertidur dengan nyenyak sehingga subuh.
Jadi, nak jaga istiqamah witir ni, biarlah kita lakukan sebelum tidur. InsyaAllah boleh dilakukan oleh sesiapa pun. Jangan pandang kecil amalan yang sedikit, kerana Allah sembunyikan amalan apakah yang Dia redhai.
Wa Allahua’lam.
Nazam Ubat Hati
1 week ago
0 Komen
Post a Comment