Hari ini dalam perjalanan menghadiri satu seminar Jabatan Keselamatan dan Kesihatan di Seremban, saya sempat berbicara dengan rakan pengurus tempat kerja saya yang berbangsa Cina. Beliau menceritakan mengenai kes rogol yang berleluasa sekarang ini. Beliau memberitahu ada satu artikel dalam akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa untuk mengatasi masalah jenayah rogol yang semakin berleluasa sekarang ini, penulis tadi berpendapat adalah lebih baik industri pelacuran ini diberi pengiktirafan sebagai sebuah industri yang sah di sisi undang-undang.
Lalu saya mengatakan bahawa cadangan tadi tidak akan menyelesaikan punca masalah yang sebenar. Pada pendapat saya yang menjadi kes rogol ini semakin menjadi-jadi ialah masalah perkahwinan itu sendiri yang terlalu membebankan untuk muda mudi. Terlalubanyak persiapan yang perlu mereka lakukan, daripada hendak menguruskan antarannya, menjemput para tetamunya, menyewa dewan ataupun khemahnya dan sebagainya. Bayangkan seorang yang bergaji kurang RM 1000 di tengah kota besar tanpa bantuan ahli keluarga dan saudara mara, sudah pasti tidak mampu mereka hendak menyelesaikan masalah nafsu serakah mereka yang semakin meruap-ruap. Maka pada mereka jalanpenyelesaian ialah rogol, termasuklah kes rogol teman wanita sendiri, berzina atau melanggani pelacur.
Lalu beliau pun setuju. Beliau pun ada terbaca atau terdengar bahawa ada satu persatuan atau komuniti Cina yang telah cuba membantu golongan muda mudi yang ingin berkahwin, seperti antara lain mensyaratkan bayaran Ang Pau hanya cukup RM 10. Secara tidak langsung beliau pun bersetuju bahawa meluluskan industri pelacuran tidak akan menyelesaikan kes jenayah rogol dan gejala sosial di Malaysia ini. Sebaliknya membantu memudahkan pengurusan perkahwinan akan menyumbang kepada pengurangan kes jenayah seksual dan gejala sosial yang berkaitan dengan pergaulan bebas muda mudi.
Malah dalam Islam sendiri telah berulang kali disarankan apabila anak muda kita sudah sampai masanya untuk berkahwin maka hendaklah disegerakan. Begitu juga dalam peperangan atau tugasan luar bahawa para suami haruslah bertugas tidak melebihi empat bulan di luar kawasan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita perhatikan pendatang-pendatang asing dari negara Islam yang datang ke Malaysia ini jika tidak bersama membawa isteri mereka, akan mudah terjebak dengan pelacuran atau berzina dengan anak gadis Melayu atau isteri-isteri orang. Kaedah-keadah menangani kes jenayah seksual ini telah lama terdapat dalam Islam, dan ianya adalah sesuai untuk sepanjang masa dan untuk semua bangsa dan agama di Malaysia ini.Rozmal bin MalakanKg. Bongek,
N.Sembilanrozmal@yahoo.com
anNaQshY: Islam agama yang Allah SWT iktiraf. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Maka, dalam Islam telah termaktub cara kita menjalani kehidupan dari bangun tidur, sampai nak tidur semula. Dari sekecil perkara, sehinggalah perkara yang melibatkan soal pemerintahan negara. Kita tak kan berjaya selesaikan permasalahan rogol yang agak berleluasa di negara kita selagi kita rak rujuk kepada Al Quran as Sunnah secara syumul. Percayalah... (cam lagu siti lak)
Aku tertarik persoalan yang dicakap oleh saudara email berkaitan dengan soal kahwin. Mmm aku secara peribadi bersetuju, sekarang muda mudi susah nak kahwin, sebab dari awal urusan dah membebankan. Semuanya duit. Tak dak duit, alamatnya ke tua la tak nikah. Zaman muda mudi ni la zaman yang sangat mencabar iman. Dalam umah pun kita boleh dapati 'perempuan berpakaian, tapi tak berpakaian. Kalau kat luar, wa Allahua'lam.
Nak kahwin susah, sedangkan nafsu meronta-ronta akibat panahan pandangan mata yang tidak terkawal. Jadi, yang mudahnya, bercinta dan sambil-sambil tu.... Adat yang membebankan, perlulah diubah mengikut kehendak Islam.
Wa Allahua'lam.
0 Komen
Post a Comment