Rileks Jap-Majlis Akad Nikah.

Catatan Oleh: .::.anNaQshY.::. | Friday, March 18, 2005 | 0 Komen »

Bismillahirrahmanirrahim...

Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar):

Kadi: Hassan...
Pengantin Lelaki: Saya ustaz...
Kadi: Dengar baik² ya Hassan....Aku nikahkan akan di kau dengan si Polan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 utang tunaiii.
Pengantin Lelaki: Aku terima nikahnyaa si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii.

Kadi: Sah? (ditanya kepad saksi pertama)
Saksi Pertama: Sah

Kadi: Sah? (ditanya kepad saksi kedua)
Saksi Kedua: Sah

Kadi: Sah? (ditanya kepada saksi ketiga)
Saksi Ketiga: Errrrr.... Lontaran suara awak tidak jelas... Saya tak dengar apa yang awak cakap.... Pitching berterabur ke laut... Keluar acuan terus, jiwa awak kosong... Tak de feel... Low note tak sampai, high note awak pulak... Takde kawalan... Sepatutnyaa ditahan... Kasi sustain... Falseto lemah... Improvisation R&B awak tak menjadi... Bughok bebenorr bunyinyee.... Teknik ramify pun tak mantap...Bunyi macam orang nak berak jerr... Satu jer yg saya suka... Awak ade ciri² seorang pesona bintang! Awak boleh lebih berjaya sekiranya melakukan yg lebih terbaik!!!

Moral: Saksi tu 2 orang jer... Tapi main dengan terpengaruh ala-ala akademi fantasia nie macam² boleh terjadi.

Malaysia, sebuah negara sekular Islam Hadhari lebih berminat melahirkan artis-artis hisap dadah, daripada melahirkan ulama yang membimbing masyarakat ke arah keredhaan Allah.

Malaysia boleh semuanya!!!

wa Allahua'lam...

0 Komen